Sabtu lepas, 5hb Okt. LR, adik dan mak keluar jalan-jalan kat Mid
Valley.
Singgah sekejap kat AEON Molly Fantasy, tingkat 1 Mid Valley. Melawat kawasan. Sambil-sambil melawat, leh
main Purikura. Wihuuu…
Sesudah sampai, LR terkujat.
Mai aiii, ramainya orang. Tak pernah kulihat indoor playground yang se-crowded
ini.
Tanpa berlengah, LR cepat-cepat beli token. Kalau lambat, nanti kena
beratur panjang. Jenuh nak menunggu.
Ini kali kedua LR main Purikura. First time, masa MYC Press Launch.
Playtime kali ni, LR da expert. Instruction senang nak faham sebab dalam Bahasa Inggeris. So no more terkapai-kapai.
LR memang addicted habis ko. Macam-macam pose hado. Tak cukup satu
sessi , LR tambah dua lagi sessi. Siap tarik mak main sekali.
Berikut LR ajar macam mano nak buat pose yang best-best. Ala tutorial
gitew:
Yang ni… LR posing ala-ala
‘nak duit seringgit’. Adik posing gaya ‘nak duit 4 ringgit’. Kalau muat jari
kaki dan tangan tu, masukkan jer semua. 10 jari tangan campur 10 jari kaki. Dah
dapat posing ‘nak 20 ringgit’. Gaya ini sesuai di-posing-kan sewaktu poket
tengah kering-kontang.
Ha… yang ni posing
mulut itik. Sesuai digayakan sewaktu emo tak menentu. Muncung tu agak-agak
boleh buat sangkut baju. Lagi muncung lagi bagus.
Posing sebegini, LR
gelarkan posing ba-ba chak. Tak susah nak gayakan. Boleh praktis kat rumah. Sewaktu
nak pakai bedak, nak cuci muka ataupun masa tengah perasan cun.
By the way, harap korang semua noted dengan apa yang LR nak cakapkan ni.
Gambar-gambar di atas ni adalah salinan scan dari yang original. Jadi keadaan gambar
agak berbeza sedikit. So kualiti gambar yang original adalah lebih cantik
berbanding yang di-scan. Harap maklum.
Tadi versi duet,
sekarang ni versi triplet lak. Mak pun nak glamer jugak. Dan gambar seterusnya adalah soft copy yang LR download menggunakan
aplikasi PuriPix. Nak tahu macam mana kejadahnya Puripix ni? Nantikan
sambungannya dalam artikel yang akan datang. - Lina Rose –
Versi soft copy
PuriPix. Boleh install percuma dari Play Store.
0 comments:
Post a Comment