Search This Blog

Thursday, 19 September 2013

Percubaan Pertama Purikura

Posted by Unknown at 9/19/2013
Greetings! Nama saya Lina Rose (LR), penulis kedua dalam blog ni. Khusus dalam penulisan Bahasa Melayu. Hari ni merupakan hari ke-3 LR bekerja di Kaga Amusement (M) Sdn Bhd. Diberi tugasan sebagai penyumbang di blog ini. And of course, I feel so excited cuz dah lama tak meroyan dalam bidang penulisan ni. Speaking MangLish-lah pulak kan. Suka hati I nyah. Haha. 

Hari ke-2 bekerja, LR sempat join event MYC! FRESHFACES SEARCH 2013 di Berjaya Times Square. Dianjurkan oleh MYC! magazine pada 18 September lalu. 

Sneak peak MYC! FRESHFACES SEARCH 2013 
Sewaktu event tu berlangsung, LR dan Liew (rakan sejawat) tak tahu nak buat apa, so kami pun borak-borak lah. Tiba-tiba Bos ajak ambil gambar sama-sama kat Purikura. Company photo katanya. Alamak, segan! Dah la tak pernah amek gambar guna Purikura. 




Inilah Purikura - ‘Purinto Kurabu’ (Print Club) a.k.a Photo Booth
Sambil menapak ke Purikura, sel-sel otak LR berhubung. Berfikir macam mana nak posing. Nak berdiri tegak ker, nak buat peace ker atau belasah je la labu. Last-last, LR pilih pose belasah je la labu. Tak sempat fikir apa pun. Jakun mak tau. Besau mata mak tengok camera dan skrin dalam Purikura tu.

Inilah Kgam Team. Sambil-sambil pose, sambil-sambil gelak. Riuh satu kampung.
Sebelum ni LR pandang sebelah mata jer Purikura ni. Rasa macam nak try, tapi tak berani sebab tak pernah try. Tapi tak kenal maka tak cintakan. No wonder-lah Purikura ni popular sangat kat Jepun. Sebab Purikura ni bukan sekadar boleh snap dan edit gambar, tapi tempat yang best untuk have fun dengan kawan-kawan dan keluarga. Semestinya Purikura dah buat LR happy sangat masa tu. Selepas ni, memang LR takkan ragu-ragu lagi untuk bermanja dengan Purikura. 

Nak tahu makna sebenar Purikura? Nantikan sambungannya... –Lina Rose-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Smiles and Happiness Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting