Bagi yang
belum pernah ber-purikura, hopefully tutorial ni dapat membantu. Ini antara basic step yang korang perlu
tahu. Semua Purikura machine guna kaedah
asas yang sama. Perbezaan cuma dari segi penggayaan, fungsi dan editing tools
sahaja. So no worries kay.
Langkah 1 : Beli token di tempat yang menjual token.
Selalunya LR akan cakap macam ni… “akak, saya nak beli token purikura”. Simple,
jelas dan nyata.
Langkah 3 : Simpan segala macam barang anda di tempat yang disediakan.
Langkah 4 : Masukkan token yang dibeli tadi ke dalam
lubang token. Jangan sesekali masukkan duit syiling atau masuk lubang lain.
Langkah 5 : Ikut arahan penggunaan. Tips# Jangan leka! Sebab anda diberi had masa untuk
buat pilihan.
Pilih effect yang korang suka atau belasah je yang mana pun
Plih tahap kecerahan yang diingini. Kalau nak play safe, pilih yang kat tengah-tengah tu ha
Pilih
la sama ada korang nak yang ada frame atau x
Pilih design background yang korang suka. Sebelah kiri jari LR, ada 4 pilihan. Simply klik je yang mana satu, nanti keluarlah bermacam-macam jenis background. Korang pilih yang mana korang rasa cun.
Pastu pose & pose & pose! Setiap pose, anda diberi 3 saat. So buatlah yang terbaik. Tips# mata perlu sentiasa pandang kamera. Jangan asek pandang skrin je.
Langkah 6 : Dah habis snap gambar. Korang kena bergerak ke
bahagian decorating, di sebelah tepi mesin. Biasanya tempat decorating ni ada 2
bilah touch pen.
Sekali lagi ikut arahan yang diberi.
Kotak-kotak tu yang menentukan reka letak gambar korang. Kalau korang ramai, pilih
‘for group’. Kalo sorang atau berdua, pilih ‘for two’. Belasah je la yang mana
korang selesa. Again, had masa diberikan
Pastu, mula
meng-edit. For 1st timer, korang selongkar je semua tempat yang
boleh di sentuh dengan touch pen tu.
Untuk edit
gambar seterusnya, klik ‘change photo’ (di bahagian atas, di antara kedua-dua
gambar).
Setelah
selesai edit semua gambar, simply klik ‘end’ (di bahagian atas, hujung sekali).
Kemudian, tunggu
gambar anda di cetak keluar (rujuk gambar di bawah).
v
v
v
Hasilnyaaa… tadaaaaaa
v
v
v
Mata
sila pandang kamera. Kalau tak awak akan dapat pandangan mata kat tempat yang
tak sepatutnya. Macam abang kat sebelah ni. Haha
Simbol-simbol
editing yang perlu anda tahu:
Rotate (stamps / decoration)
|
Back
Forward = Undo Redo
Nantikan
tutorial penuh berkenaan bahagian editing dalam entry yang seterusnya -Lina
Rose-
0 comments:
Post a Comment