Dalam
artikel yang lalu, kami telah ceritakan serba sedikit bagaimana kami bermula,
membawa purikura masuk ke Malaysia dan memperkasakan lagi kawaii pop-culture yang disuai padan dengan
identiti budaya kita sendiri.
Dan
dalam kesemua halangan yang ditempuhi, hanya Sara dan rakan-rakan lebih
mengetahui. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang dalam usaha
menempatkan purikura di hati rakyat Malaysia. Ewaaahh :)
Jadi,
bagi memastikan kondisi purikura sentiasa terjaga dan dalam keadaan tip top, pihak Kaga Amusement Malaysia sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan meliputi kerja-kerja
pemasangan, menservis, membaik pulih, pengiraan dan penghantaran stok.
Pemasangan purikura
Kerja-kerja
pemasangan purikura apabila terdapatnya permintaan. Jadi, LR harapkan sokongan
yang berterusan dari anda supaya lebih banyak lokasi purikura di seluruh
Malaysia :)
Kerja-kerja
pemasangan purikura
|
Memuat naik perisian
Bahasa Inggeris
|
Menservis dan membaik pulih
Rutin wajib
bagi pihak kami. Bertindak berdasarkan laporan dan secara harian :)
Test… test 123 (-_-)
|
Pemeriksaan coin
slot
|
Kesian purikura,
menjadi mangsa vandalisme (T_T)
|
Refill sticker paper :)
|
Pengiraan dan penghantaran stok
Proses
pengiraan stok dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali, supaya kuantiti
alat ganti purikura adalah mencukupi :)
Teliti – proses
pemeriksaan dan pengiraan alat ganti
|
Stok paper sticker purikura (^_^)
|
Sokongan anda bernilai
buat kami
Di sebalik purikura dan kecomelan anda, di
situlah adanya kami. Dengan berkat usaha dan sokongan dari anda semua, kami
akan terus bersama anda dan purikura. Takkan purikura hilang di dunia! – Lina
Rose
Untuk lebih info, cadangan atau komen, sila
layari facebook kami ---> Kawaii Pix
0 comments:
Post a Comment