Pada 11 Januari lalu, LR berpeluang
mengunjungi 2014 Japan Club of Kuala
Lumpur New Year Family Day. Atau dalam bahasa yang lebih senang… Festival
Tahun Baru 2014 yang dianjurkan oleh Kelab Jepun Kuala Lumpur. Festival ini
bertempat di Jalan Taman Seputeh dan
hanya mengambil masa 10 minit sekiranya berjalan kaki dari stesen komuter Mid
Valley.
Festival ini juga dikenali sebagai
Shōgatsu (正月) dalam Bahasa Jepun dan merupakan sambutan
yang wajib diraikan di Jepun. Orang jepun mempercayai bahawa tahun baru yang
disambut dengan baik dan betul akan menjamin kegembiraan dan kemakmuran di
sepanjang tahun itu. Dalam kata lain, ia merupakan satu peluang untuk memulakan
kehidupan yang baru.
Sejujurnya, ini adalah kali pertama
LR mengunjungi festival sebegini. Jadi ia merupakan satu peluang yang baik buat
LR, bukan sahaja dapat mendalami budaya orang Jepun malah dapat melihat sendiri
perbezaaan budaya di antara dua buah negara, Jepun dan Malaysia (^_^)
Selalunya di Malaysia, kita
meraikannya dengan pengiraan detik tahun baru dan melihat pertunjukan bunga
api. Tetapi di festival ini… LR dapat melihat perbezaan yang ketara, di mana
sambutan tahun baru dianggap suatu perayaan bagi mereka dan merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakat Jepun.
Sebagaimana kita menyambut Tahun
Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Puasa dan Hari krismas sebagai perayaan yang
utama. Begitulah juga mereka menyambut Shōgatsu dengan penuh meriah.
LR tidak berapa pasti, bagaimana
mereka menyambut tahun baru di negara Jepun. Tetapi yang pastinya di sini
terdapat pelbagai persembahan kebudayaan dari kedua-dua buah negara, banyak-banyak
dan banyak makanan Jepun yang di jual, ada indoor amusement khusus untuk
kanak-kanak dan semestinya PURIKURA. (^_^)Y
Berikut adalah sesuatu yang menarik
pada pendapat LR di sepanjang festival itu berlangsung.
Sumber: streeteatscolumbus.com
|
Shaved Ice (Bahasa Jepun: kakigori) – Lihat sahaja dah buat LR kecur air liur.
Bagi LR shaved ice ni lagi sedap dari ais kacang. LR lupa nak ambil gambar
shaved ice sebab terlalu asyik menikmatinya (=_=)
Banyak makanan jepun yang dijual,
rasa macam nak beli semua tapi rasanya tak termampu untuk beli semua tu (-_-)
Sotong bakar (Bahasa Jepun: Ika Yaki) – tak pernah LR tengok sotong sebesar itu.
Baunya pun sedap, menikam kalbu. Tapi mampu hidu bau sahaja (+_+)
LR suka sangat tengok mereka-mereka
ni pakai kimono. Comel sangat-sangat! Rasa macam nak pakai jugak :)
Ramainya orang di sebalik purikura… mengapakah?
|
Rupa-rupanya mereka sedang beratur
untuk dapatkan mochi secara percuma! Mochi adalah sejenis kuih tradisional
Jepun. Juga dikenali sebagai kek beras, tetapi tidaklah sekeras beras.
Teksturnya lembut seperti onde-onde. Menu wajib dimakan sewaktu tahun baru. LR
tak sempat nak merasa mochi yang fresh
tu sebab dah habis. (T_T)
Kami menerima sambutan yang hangat
dari orang Jepun! Ramai yang beratur untuk ber-purikura! Kebanyakan mereka
adalah perempuan, iaitu kanak-kanak dan remaja yang berusia belasan tahun!
Menanti gambar mereka dengan penuh sabar –
terbaik!
|
LR paling suka cara mereka
berpakaian. Mereka pandai berfesyen walaupun usia masih muda. Dan setiap dari mereka
mempunyai tas tangan yang comel-comel!
Tekun melihat gambar purikura
mereka. LR harap mereka rasa seronok ber-purikura (^_^)Y -Lina Rose-
0 comments:
Post a Comment