Search This Blog

Sunday 29 December 2013

Our Akogare Baby Day @ KLSAF 2013

Posted by Unknown at 12/29/2013
Untuk event kali ini, Kawaii Pix & Kaga Amusement Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan majalah MYC berpeluang menyertai  KL Street Art Festival (KLSAF) 2013 yang dianjurkan oleh pusat beli-belah 1Shamelin pada 21 Disember lalu.

Untuk berita penuh mengenai 1Shamelin KL Street Art Festival (KLSAF) 2013, sila klik di sini.

1Shamelin KLSAF 2013 bukan sahaja menganjurkan pertandingan melukis mural, malah terdapat juga pertandingan menyanyi, pasar lambak, persembahan yang menarik dan semestinya PURIKURA! Featuring Akogare Baby!



Komen LR untuk event kali ini? Sangat-sangat-sangat Happening! LR & Sara tak menang tangan. Tapi memang rasa seronok dan puas hati dapat join event ini.

Kesimpulannya, LR rumuskan pengalaman LR sepanjang berlangsungnya KLSAF 2013:
  • LR rasa sangat-sangat excited melihat Akogare Baby dalam keadaan naked iaitu sebelum pemasangan penuh. Sewaktu krew kami menjalankan pemasangan, ramai pengunjung yang teruja dan bertanyakan banyak soalan. Ada yang berminat untuk menjadikan purikura sebagai sumber pendapatan dan ramai juga yang memuji kehebatan teknologi dan kepintaran orang Jepun!
Akogare Baby : Before (O_O)

Akogare Baby : After (^_^)


  • Mungkin kedengaran sedikit pelik, tapi hakikatnya lelaki-lelaki yang terlebih teruja berbanding perempuan. Mungkin sebab ini adalah pengalaman pertama so dorang rasa seronok bergambar dengan kawan-kawan. Walaupun dorang berpendapat purikura ni agak girly tapi dorang tetap ber-purikura… non-stop! (-_-)

1st time bagi mereka & mereka suka. So… kami happy!


Sk8er Boi ni antara yang suka ulang main purikura & mereka sangat-sangat sporting. Cool!

  • Sambutan pengunjung KLSAF 2013 terhadap purikura sememangnya memberangsangkan. Mereka sudi beratur dan ikut giliran masing-masing. So Thumbs up buat semua yang terlibat.



Tak tahu guna? LR sedia membantu (^_^)


Untuk liputan penuh dan lebih banyak gambar, layari Facebook kami ---> Kawaii Pix  -LR-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Smiles and Happiness Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting